Peruntukan Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd
Email Print
 
PUSAT Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd, pengendali rangkaian gedung pakaian keluarga menyasar meraih jualan terkumpul sebanyak RM60 juta menjelang akhir tahun ini, 10 peratus lebih tinggi berbanding RM50 juta yang dicatatkan tahun lalu.

Pengurus Besarnya, Amilludin Latip berkata, sasaran itu didorong sambutan menggalakkan pelanggan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana terhadap produk yang ditawarkan pada harga berpatutan.

"Separuh pertama tahun ini, syarikat mencatatkan jualan terkumpul RM30 juta daripada 61 cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari di seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan sasaran RM60 juta, ia menyaksikan setiap cawangan menyumbang jualan terkumpul hampir RM1 juta," katanya dalam temubual bersama Berita Harian, di Kuala Lumpur, semalam.

Sejak ditubuhkan 1996, Pusat Pakaian Hari-Hari mencatatkan pertumbuhan baik menerusi pelbagai produk pakaian untuk semua peringkat umur dengan rekaan terkini selain tampil dengan lima jenama tersendiri iaitu Jony & Jeny, Cikelon, T.M.U, Queen dan Fitri yang dijual pada harga serendah RM5 sehingga RM80.

Amilludin berkata, syarikat turut melabur RM900,000 untuk membuka tiga lagi cawangan baru masing-masing di Butterworth, Pulau Pinang; Batang Kali, Selangor dan Kota Tinggi, Johor menjelang akhir tahun ini.

"Pelaburan terkumpul syarikat bagi membuka semua cawangan sejak 15 tahun lalu kini mencecah RM18 juta dengan penguasaan pasaran setakat ini antara 15 peratus hingga 20 peratus, " katanya.

Selain itu, katanya, syarikat juga memperuntukkan RM10juta untuk meningkatkan kemudahan dan baik pulih setiap cawangan sedia ada bagi menambah keselesaan pelanggan selain menjadi usaha syarikat menjenamakan semula Pusat Pakaian Hari-Hari.

"Kami turut memperuntukkan RM1 juta tahun ini bagi tujuan pengiklanan dan promosi, manakala sebahagian daripadanya akan digunakan untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat syarikat, " katanya.

Mengulas mengenai pembukaan cawangan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata, ia menjadi sebahagian perancangan syarikat memandangkan wujudnya permintaan dan syor daripada pelanggan selain dipengaruhi faktor pasaran yang baik di negeri terbabit. 

"Syarikat masih mengkaji pasaran di Sabah dan Sarawak dan berkemungkinan cawangan baru di negeri terbabit akan dibuka dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi, " katanya.
     
Founded in 1996, we've grown into a stream of network retail outlet throughout the nation.
We market our products under leading
brand names that are among the most
successful apparel in Malaysia.
We've got more than 60 branches nationwide!
Find out which is closest to you.
Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd (2012) All Rights Reserved.