Pusat Pakaian Hari-Hari melancarkan laman web baru dan Facebook!
Email Print
28 Februari 2012
Seperti yang diketahui umum bahawa teknologi digital maklumat memainkan peranan yang penting di dalam mewujudkan masyarakat yang celik IT dan celik maklumat. Kebanyakan dari transaksi belian pelbagai barangan dewasa ini menglibatkan transaksi secara online. Oleh itu, Pusat Pakaian Hari Hari mengambil inisiatif untuk mewujudkan laman web baru yang lebih menarik, berinformasi dan berinovatif yang menitikberatkan penyampaian maklumat kepada pengguna seperti produk-produk terbaru dan penawaran diskaun kepada pelanggan. Di dalam laman web berkenaan juga terdapat Google Map yang menunjukkan lokasi-lokasi cawangan kedai Pusat Pakaian Hari Hari beserta maklumat alamat dan nombor telefon untuk memudahkan para pelanggan mendapatkan produk-produk fesyen terbaru dan promosi terkini di cawangan yang terpilih.

Pihak Pusat Pakaian Hari Hari juga bercadang untuk mewujudkan laman Facebook dan Twitter serta YouTube yang bertujuan menyampaikan maklumat tentang promosi serta diskaun produk kepada pengguna-pengguna Facebook dan Twitter. Ini merupakan langkah pertama Pusat Pakaian Hari Hari dalam Social Media dalam 16 tahun sejak kemunculan kedai yang pertama.

Pelbagai maklumat dan berita akan dipaparkan di dalam laman web yang baru ini seperti promosi dan berita-berita tentang penglibatan Pusat Pakaian Hari Hari di dalam melaksanakan tanggungjawab social kepada masyarakat iaitu kerja-kerja amal.

Pusat Pakaian  Hari Hari telah lama bergiat di dalam memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan seperti OKU, anak yatim dan ibu tunggal. Di dalam tahun 2012, pihak Pusat Pakaian Hari Hari merancang pelbagai program kemasyarakatan di mana segala perancangan dan berita yang melibatkan CSR (Corporate Social Responsibility) akan dipaparkan di dalam laman web yang baru ini supaya masyarakat boleh menilai betapa seriusnya Pusat Pakaian Hari Hari ingin membantu masyarakat yang tidak bernasib baik.

Untuk makluman, sehingga kini Pusat Pakaian Hari Hari mempunyai 70 cawangan kedai di seluruh Semenanjung Malaysia dan cawangan terbaru akan di buka di Temerloh, Pahang di dalam bulan Mac ini.

Alamat facebook yang perlu dilayari ialah di www.facebook.com/harihari dan laman web rasmi Pusat Pakaian Hari Hari ialah di www.hari.com.my.

Oleh itu, pihak Pusat Pakaian Hari Hari amat berharap agar semua pihak menyokong usaha kami ini bagi mengembangkan perniagaan dan seterusnya membantu semula komuniti yang tidak bernasib dengan mengadakan program kebajikan di masa-masa yang akan datang.

Segala usaha Pusat Pakaian Hari Hari mendapat kejayaan demi kesejahteraan pelanggan-pelanggan kami yang terdiri dari pelbagai bangsa dan tahap ekonomi.
     
Founded in 1996, we've grown into a stream of network retail outlet throughout the nation.
We market our products under leading
brand names that are among the most
successful apparel in Malaysia.
We've got more than 60 branches nationwide!
Find out which is closest to you.
Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd (2012) All Rights Reserved.