Tentang Kami
Memang tidak ragu-ragu lagi bahawa Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd (PPHHSB) telah mencipta salah satu legenda kejayaan yang paling terkemuka di bidang jualan runcit pakaian berfesyen. Syarikat kami ditubuhkan oleh keluarga Teoh yang berwawasan tinggi pada tahun 1996. Bermula secara kecil-kecilan, ia semakin berkembang dengan rangkaian cawangan yang kian bertambah di seluruh negara. Falsafah perniagaan Hari-Hari ialah menggalakkan para pengguna mengunjungi gedung kami setiap hari sambil menjaminkan pengalaman beli-belah yang menceriakan. Sejak mula berniaga, PPHHSB kekal dengan strateginya untuk memperkenalkan pakaian yang mudah dibiayai, dengan focus bertumpu pada golongan pengguna berpendapatan rendah hingga sederhana. Taktik pemasaran PPHHSB yang mengambil hati pelanggan ini telah menjadikannya jenama yang bertaraf istimewa di kalangan pengguna.
|